AMPANG, 1 DIS - Program Jelajah 'Jualan Ikan Harga Patut' di Taman Dato Ahmad Razali di Dun Bukit Antarabangsa pada hari ini di rentangkan dengan sebuah 'BUNTING' yang tertulis 'Bakal Calon N19 Bukit Antarabangsa' yang berwajahkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.

Menjawab pertanyaan mengenai kehadiran 'BUNTING' terbabit, Jamal memberitahu bahawa ini adalah tanda-tanda mengenai kesudiannya untuk bertanding di kawasan terbabit yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor kini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Jamal, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar Dan Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo dan mereka telah pun memberi laluan kepadanya untuk menandingi Azmin Ali di Dun tersebut.

" Saya tidak takut untuk kalah, Saya akan berusaha untuk memenangi dun berkenaan pada PilihanRaya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang, Kemenangan inilah yang akan menakutkan saya kerana saya tidak pandai seperti Azmin Ali untuk Membohongi, Menipu, Memutar Belit kepada rakyat kerana perkara berkenaan tidak ada pada diri saya," kata Jamal.

" Saya akan bekerjasama dengan Umno Bahagian Ampang untuk merampas kembali Dun Bukit Antarabangsa dan yang paling mustahaknya Negeri Selangor kembali kepada Barisan Nasional," kata Jamal lagi. - KITAIKINI