AMPANG, 1 DIS - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos pada hari ini mengumumkan akan membuat Jelajah 'Jualan Ikan Murah Harga Patut' pada setiap minggu di sekitar kawasan Ampang.

Jamal turut memberitahu akan bekerjasama dengan Umno Bahagian Ampang yang diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo untuk menjalankan program berkenaan di kawasan itu.

Tujuan utama program berkenaan diadakan pada setiap minggu berikutan sambutan yang diterima oleh penduduk cukup menggalakkan dan seterusnya dengan mengadakan program terbabit dapat membantu rakyat Ampang membeli barang keperluan dengan harga yang berpatutan.

Pada hari ini program 'Jualan Ikan Murah Harga Patut' di kawasan Taman Dato Ahmad Razali tergendala selama 2 jam yang permulaannya dijangka diadakan pada pukul 4 Petang namun ditunda kepada pukul 6 Petang berikutan kerosakan yang dialami oleh lori yang membawa muatan ikan berkenaan, namun penduduk tidak berganjak untuk menunggu sehingga lori berkenaan tiba.

" Saya memohon maaf diatas kelewatan program ini kerana tidak menyangka perkara terbabit berlaku," kata Jamal. - KITAIKINI