AMPANG, 1 DIS - "Kami akan pukul KO dan kuburkan Ng Suee Lim Di Sekinchan," itulah kata-kata yang diucapkan oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos di Program 'Jualan Ikan Murah Harga Patut' Di Perumahan Kos Rendah, Taman Dato Ahmad Razali di Ampang pada hari ini.

Memetik dari kata-kata Adun Sekinchan, Ng Suee Lim (DAP) yang menyatakan bahawa Jamal perlu bertanding di Sekinchan terlebih dahulu sebelum merebut kerusi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Jamal memberitahu bahawa Ng Suee Lim bukanlah lawannya di Sekinchan.

Malah Jamal lebih berminat kepada cabaran yang lebih besar untuk bertanding di kawasan Azmin (N19 Bukit Antarabangsa).

Menuru Jamal, Di Sekinchan beliau tidak ada masalah kerana kawasan yang diterajuinya itu telah pun membuat persiapan rapi untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

" Kalau Ng Suee Lim ingin bergelar YB lagi, Sila pergi ke kawasan lain kerana kami yakin kami akan menawan kembali dun Sekinchan, jika kamu tunggu di Sekinchan, Kami akan kuburkan kamu pada PRU 14 yang akan datang," kata Jamal.

" Kami tidak akan memberi peluang sedikit pun kepada anda (Ng Suee Lim) untuk bermaharajalela lagi di Sekinchan, Dulu lain, Sekarang lain, Sekarang zaman Jamal Yunos di Sekinchan," kata Jamal lagi.

Dalam pada itu hasrat Jamal untuk menandingi kawasan tersebut telahpun dinyatakan kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Juga Kepada Umno Bahagian Ampang.

" Terima kasih Umno Ampang kerana memberi sokongan kepada saya dan saya berjanji akan bekerjasama dengan Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo untuk merampas kembali Dun -Dun dan Parlimen Ampang yang dikuasai oleh Pakatan Harapan," kata Jamal lagi. - KITAIKINI