KUALA LUMPUR, 9 DIS - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos sekali lagi tampil mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali supaya menyaman beliau jika perkara "Azmin Aiskrim" tidak benar.

Terbaru, Jamal menerima bukti berbentuk video yang berdurasi selama 17 minit yang membuktikan pelaku didalam video berkenaan adalah Menteri Besar Selangor itu.

" Saya mencabar Azmin untuk menafikannya sekali lagi dan membuat laporan polis sekiranya merasakan dirinya difitnah dan jika perlu disaman, silakan saman supaya senang saya menayangkan video berkenaan kepada umum," kata Jamal.

" Hari ini juga saya mencabar Azmin Ali untuk membuat sekali lagi penafian terhadap gambar beliau. Inikah sifat menteri besar Selangor? Apa yang MB Selangor buat dalam jamban ini?," katanya.

“ Video selama 17 minit tersebut menunjukkan apa yang azmin tengah lakukan di dalam tandas dan apartmen. Saya tidak mahu mengaibkan beliau, tetapi sampai waktu dan ketikanya saya akan mendedahkan video tersebut untuk ditontoni dalam skrin LED yang besar di tempat yang akan saya beritahu kelak," kata Jamal lagi.

Terdahulu, Jamal melancarkan kempen "Azmin Asikrim" itu pada 9 Oktober yang lalu, Jamal berkata gambar itu diambil daripada media sosial dan Azmin memang tiada hak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Kalau dia saman maknanya betullah itu gambar Azmin, sebab saya ambil pun dari media sosial,” katanya. - KITAIKINI