KUALA LUMPUR, 8 DIS - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Barat Caroline, Micronesia pada 8.22 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi terletak di 10 darjah utara dan 140.1 darjah timur, 1,275 kilometer di timur laut dari Bandar Tagum, Filipina serta 2,455 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

Bagaimanapun gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. - BERNAMA