KUANTAN, 5 DIS - Pahang pulih daripada bencana banjir selepas mangsa terakhir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara balai raya Kuala Semantan Raub, dekat sini dibenarkan pulang 7.30 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata mangsa terdiri daripada tujuh keluarga dengan sembilan lelaki dewasa, perempuan dewasa (14 orang), kanak-kanak perempuan (2) dan seorang kanak-kanak lelaki.

Balai raya Kuala Semantan merupakan satu daripada tiga pusat pemindahan sementara yang dibuka di Raub pada Sabtu lalu, namun pusat pemindahan di balai raya Kampung Ulu Sungai dan surau Rancangan Rumah Murah Cheroh 3 telah ditutup semalam. - BERNAMA