KUALA LUMPUR, 4 DIS - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos menjemput ahli-ahli Umno yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU2017) untuk menikmati hidangan percuma yang disediakan olehnya di Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia, Jalan Pahang bermula 4 - 9 Disember 2017.

Berikut adalah waktu yang ditetapkan oleh pihak penganjur sebanyak 4 sesi sehari:

Sarapan Pagi
- 7.30 Pagi - 10.00 Pagi.

Makan Tengahari
- 12.00 Tengahari - 3.00 Petang.

Minum Petang
- 4.30 Petang - 6.00 Petang.

Makan Malam
- 8.00 Malam - 11.00 Malam.

PAU 2017 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) juga tidak jauh daripada restoran berkenaan.

" Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jemput hadir beramai-ramai," kata Jamal. - KITAIKINI