KUALA LUMPUR, 11 DIS - Bekas juara Gegar Vaganza (GV) 3, Azharina mengakui sanggup berhabis untuk kucing kesayangannya, Whitey

Mula memelihara Whitey sejak 7 tahun lalu, Azharina berkata dia sudah menganggap haiwan tersebut sebagai sebahagian ahli keluarganya.

“Saya ambil Whitey sejak ketika dia masih bayi, jadi kalau Whitey tiada bersama kami, rumah ini akan sunyi.

“Saya juga akan lakukan apa sahaja untuk kebaikan Whitey,” katanya kepada Astro Gempak.

Menariknya, ada cerita disebalik pemilihan nama kucing baka Parsi itu.

“Saya pilih ‘Whitey’ sebab ketika dilahirkan dia warna putih. Tapi yang sebenarnya nama panjang Whitey ialah ‘Whitey Bentley Rolls Royce’.

“Bentley dan Rolls Royce dua kereta idaman saya, disebabkan tak mampu beli, letaklah pada kucing,” katanya ketawa.

Tambah Azharina lagi, dia sangat menitik beratkan tentang kebersihan dan pemakan kucing kesayangannya itu.

“Saya tidak kisah kalau orang nak kata saya cerewet, sebab apa yang saya lakukan adalah untuk si comel kesayangan saya.

“Kebersihan dan pemakanan merupakan dua perkara yang paling saya utamakan sejak bersama Whitey tujuh tahun lalu.

“Saya juga akan bawa Whitey ke cat spa dan membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan dia sentiasa gembira dan berada dalam keadaan yang baik,” katanya.

Tambah Azharina lagi makanan kegemaran Whitey ialah makanan laut, terutamanya ikan tuna.

“Selalunya saya beri dia makan tuna sebab itulah yang paling dia suka. Selain tuna, Whitey juga suka makan makanan laut lain lebih-lebih lagu kalau yang segar.

“Uniknya Whitey, dia juga suka makan bebola cheese!”, katanya.

Bagaimana mahu memastikan kucing anda mendapat zat yang secukupnya dalam menu harian mereka?

Apa kata, berikan si comel anda makan makanan yang berkhasiat seperti Powercat, kerana selain halal ia juga didatangkan dalam kualiti premium dan menyihatkan!.

Powercat juga menggunakan ikan segar, tanpa pengawet, tanpa pewarna, penuh dengan khasiat serta vitamin dan yang paling penting ia produk keluaran bumiputera.

Maklumat lanjut mengenai Powercat, layari http://powercat.my/. - ASTRO GEMPAK