KUALA LUMPUR, 30 NOV - Inisiatif yang dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos dengan mengadakan Program 'Makan Tengahari Percuma' di Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia/Restoran Jamuan Rakyat wajar dicontohi, itulah kata-kata yang diucapkan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery yang hadir di restoran berkenaan pada hari ini di Jalan Pahang, Kuala Lumpur melihat sendiri kemeriahan dan suasana yang majoritinya didatangi oleh pelbagai masyarakat yang berbilang kaum.

Sementara itu Shabery turut menghantar sukarelawan yang terdiri daripada Wanita Umno Bahagian Kemaman, Terengganu yang turut membawa juadah makanan popular di sana iaitu 'Keropok Lekor' untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir di restoran berkenaan pada hari ini.

Menurut Shabery, Gerak kerja yang dilakukan oleh Jamal adalah usaha yang hebat dengan memberi makan percuma kepada yang memerlukan memberi satu kenikmatan kepada mereka.

Shabery turut dilihat membantu sukarelawan dalam segi penyediaan juadah masakan dan menghidangkannya kepada para tetamu.

Dalam pada itu, Shabery juga turut dilihat menikmati juadah yang disediakan di restoran berkenaan serta turut mencuci pinggan selepas menikmati juadah tersebut seperti yang dilakukan oleh para tetamu lain yang hadir.

Shabery dilihat meninggalkan perkarangan restoran tersebut kira-kira jam 2 petang tadi. - KITAIKINI