KUALA LUMPUR, 29 NOV - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos menjemput ahli Umno yang akan hadir di Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU2017) pada 4 - 9 Disember 2017 ini untuk singgah di Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia/Restoran Jamuan Rakyat untuk 'Makan Percuma' melalui 4 sesi.

Berikut adalah waktu sesi pembukaan yang telah ditetapkan:

- Sarapan Pagi
(7 Pagi - 10.30 Pagi)

- Makan Tengahari
(12 Tengahari - 3 Petang)

- Makan Petang
(4 Petang - 6 Petang)

- Makan Malam
(8 Malam - 11 Malam)

Menurut Jamal, Beliau bersedia untuk menyediakan juadah sehingga 12 000 orang tetamu pada setiap waktu.

" Walaupun perwakilan sudah disediakan juadah makanan, namun kepada pemerhati dan juga ahli-ahli Umno yang berkesempatan bolehlah hadir ke restoran ini pada waktu yang telah dinyatakan," kata Jamal.

" Jangan lepaskan peluang ini, jika berkesempatan datang dan singgahlah di restoran kami," kata Jamal lagi. - KITAIKINI