KUALA LUMPUR, 28 NOV - Penganjur Program 'Makan Tengahari Percuma' yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini teruja melihat Kepimpinan Utama Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hadir di Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia/Restoran Jamuan Rakyat, Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada hari ini.

Jamal memberitahu, beliau telah dimaklumkan pada malam tadi untuk kedatangan YAB PM ke restoran berkenaan pada hari ini, namun beliau tidak menyangka perkara berkenaan benar - benar berlaku berikutan faham akan keadaan perdana menteri yang tidak mempunyai masa kerana banyak perkara dan tugasan untuk dilakukan.

" Kehadiran YAB Perdana Menteri ini adalah satu penghargaan dan satu pengiktirafan terhadap usaha yang telah kami lakukan, InsyaALLAH kami akan teruskan selagi mendapat sambutan dari orang ramai terutamanya kepada golongan yang memerlukan," kata Jamal.

" Saya cukup kagum dengan kewibawaan perdana menteri tanpa mengenal sesiapa dan saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana hadir di 'Restoran Jamuan Rakyat' pada hari ini, tidak lupa juga kepada rakan - rakan Gabungan NGO di Seluruh Negeri yang telah membantu menjayakan program ini," kata Jamal lagi.

Dalam pada itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah pula berkata, " Pada Hari ini kita telah menerima kejutan daripada YAB PM yang hadir di restoran ini untuk bersama-sama rakyat dan makan apa yang rakyat makan, ini menunjukkan sifat perdana menteri kita yang berjiwa besar, yang bersih sanggup turun melihat suara rakyat di bawah,".

" Saya doakan program makan percuma ini akan berterusan dan berpanjangan sehingga bila-bila untuk kita mengurangkan kos sara hidup rakyat di ibu kota, Terima Kasih kepada YAB PM yang prihatin terhadap rakyat serta tidak lupa juga kepada para penyumbang makanan untuk restoran ini sepanjang 32 hari kami beroperasi," kata Armand.

" Kepada penyumbang - penyumbang teruskan menyumbang untuk kami salurkan terus kepada rakyat yang memerlukan," kata Armand lagi. - KITAIKINI