KUALA LUMPUR, 28 NOV - Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia, Jalan Pahang hari ini dikejutkan dengan kehadiran Kepimpinan Utama Malaysia, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kira-kira pada pukul 1 petang tadi.

Najib yang hadir membuat kejutan ke restoran berkenaan turun padang melihat sendiri suasana program 'Makan Tengahari Percuma' yang telah dianjurkan oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos pada beberapa bulan yang lalu.

Disamping itu, Najib dilihat turut membantu sukarelawan menghidangkan juadah serta beramah mesra dengan tetamu yang hadir untuk menikmati juadah yang disediakan di Restoran Jamuan Rakyat berkenaan.

Najib juga turut dilihat mengambil juadah yang telah disediakan dan duduk bersebelahan dengan para pengunjung untuk merasai sendiri juadah dan suasana kemeriahan rakyat yang berbilang kaum di restoran berkenaan.

Melihat suasana yang berbilang kaum berkenaan, Najib dilihat turut berpuas hati dengan program yang telah dianjurkan kerana program berkenaan telah membantu rakyat untuk menjimatkan kos sara hidup.

Kira - kira pada jam 2 petang tadi, Najib selesai membuat lawatan. - KITAIKINI