SEKINCHAN, 26 NOV - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pada hari ini mengadakan program pertama beliau bertemu dengan pengundi luar bagi kawasan Parlimen Sungai Besar dengan mengadakan program 'KONVOI' bermotor bersama-sama mereka.

Jamal yang mengetuai program 'KONVOI' berkenaan dilihat bersama-sama 1000 pengundi luar terbabit memulakan perjalanan dari Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia, Jalan Pahang ke Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Sekinchan.

Sebelum itu, Jamal mengucapkan terima kasih kepada Wanita,Puteri Dan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar yang menjejaki pengundi-pengundi luar ini bagi menjayakan program terbabit.

Jamal memberitahu, pengundi-pengundi luar yang hadir pada program hari ini adalah terdiri daripada keluarga mereka yang menetap di Parlimen Sungai Besar tetapi pengundi-pengundi luar ini pula menetap di luar seperti di ibu kota Kuala Lumpur.

" Pengundi luar yang menyertai program pada hari ini sebenarnya sesetengah daripada mereka pada dahulunya tidak pernah mendaftar sebagai pengundi, tetapi diatas kesedaran yang telah diberikan oleh UMNO Bahagian Sungai Besar betapa pentingnya undi untuk menentukan masa depan negara, pengundi-pengundi luar ini telah berjaya kami daftarkan untuk menjadi pengundi pada PilihanRaya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang, " kata Jamal.

" Kami akan mengadakan program 'KONVOI' ini setiap 2 minggu sekali, bukan sahaja motorsikal tetapi juga 'KONVOI' berkereta dan kami akan menyediakan 2 buah bas untuk pengundi luar yang tidak mempunyai kenderaan untuk mereka hadir melihat suasana di kawasan ini," kata Jamal lagi. - KITAIKINI