KUALA LUMPUR, 17 NOV - Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini, sekali lagi mengadakan 'GIMIK' Rumah SelangorKu berkonsepkan santai dengan mendirikan Khemah Istirehat di pejabat media beliau di Ampang.

Menurut Jamal 'GIMIK' yang dilakukan olehnya pada hari ini bukanlah untuk mencari publisiti murahan tetapi penting demi rakyat Selangor yang telah tertipu dengan permainan Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini.

" Sehingga hari ini, Berapa ramaikah rakyat negeri Selangor terutamanya kepada golongan muda yang telah mendapat kunci rumah SelangorKu ini?," kata Jamal.

Jamal turut menempelak kenyataan balas daripada pihak pengurusan EcoWorld yang menyatakan Rumah SelangorKu telah pun dibina beribu-ribu unit dengan menyatakan, Dimanakah rumah-rumah yang berharga RM42 000 untuk rakyat Selangor tersebut?.

" Tanah baru sahaja ditolak sedangkan rumah-rumah yang berharga tinggi dengan anggaran ratusan ribu ringgit telah pun siap dan ada juga pembeli yang sudah tiga kali bertukar tangan gara-gara menunggu rumah SelangorKu tersebut, "kata Jamal lagi.

Menurut Jamal, Apa yang telah diperkatakan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah satu dongengan untuk menyedapkan hati rakyat negeri Selangor sedangkan tawaran yang diberikan kepada beberapa ribu orang untuk memiliki rumah tersebut masih belum ada lagi.

" Sebab itu kami mempersoalkan, Mana janji mereka dan dimana rumah-rumah yang dijanjikan tersebut?," kata Jamal.

" Di EcoHill pula beribu-ribu tanah telah dibangunkan untuk projek perumahan bernilai ratusan ribu serta jutaan ringgit tetapi tiada satu pun rumah Selangorku RM42000 seperti yang telah dijanjikan," kata Jamal lagi.

Jamal turut memberitahu persoalan yang timbul kini kerana kerajaan negeri ataupun yang mengusahakan program Rumah Selangorku berkenaan tidak mempedulikan perkara terbabit dan menutup sebelah mata.

Jamal juga turut berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan terhadap Isu Rumah Selangorku ini yang berkemungkinan berlakunya unsur rasuah sehingga rumah-rumah terbabit tidak dapat dibina.

Dalam pada itu, Jamal juga akan membuat laporan kepada pihak SPRM pada minggu hadapan untuk memudahkan lagi perkara terbabit disiasat.

Jamal turut mempertikaikan projek pembinaan Rumah SelangorKu terbabit yang sudah hampir 8 tahun tetapi masih tidak disiapkan lagi.
" Saya turut dimaklumkan hanya 3% sahaja yang telah dibina daripada yang sepatutnya, hampir 150 000 permohonan tetapi hanya 3% sahaja baru dapat kunci," kata Jamal.

" Saya juga menerima maklumat yang beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat rumah di EcoMajestic, Ini adalah samunan Kerajaan Negeri Selangor yang menyamun wang rakyat untuk diberikan kepada kroni-kroni dan Exco Kerajaan Negeri," kata Jamal.

" Saya berharap pihak SPRM dapat menjalankan siasatan dengan baik, cuma saya takut ada pula pihak lain yang ' KawTeam ' dgn SPRM untuk tidak mengambil tindakan ke atas mereka," kata Jamal lagi yang mengakhiri sidang media pada hari ini. - KITAIKINI