KUALA LUMPUR, 9 NOV - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memfailkan saman fitnah ke atas Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan fitnah yang telah dikeluarkan kepada umum pada 7 November yang lalu.

Menurut Peguam, Mohammed Nasser Yusof dan Co-Counselnya, V Mugunthan berkata, Semasa perbincangan diantara barisan peguam dari pihak Plaintif dan juga Defendan selama 4 jam, mereka hanya berbincang untuk mendapatkan satu persetujuan untuk merekodkan penghakiman persetujuan dan tidak ada perkataan meminta maaf yang dikeluarkan oleh anak guamnya kecuali hanya menarik balik kata-kata yang telah dilemparkan kepada Zuraida dan menyatakan kekesalan atas tindakan yang dilakukan.

" Oleh kerana sebab itulah anak guam saya pada hari ini ingin memfailkan saman fitnah terhadap Zuraida kerana kesal atas tindakan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Ampang berkenaan," kata Nasser lagi.

Menurut Jamal, Perbincangan Mediasi selama 4 jam pada hari selasa yang lalu, Zuraida secara sukarela telah menarik balik saman yang telah diberikan kepadanya susulan kes salah faham yang berlaku di Pusat Membeli Belah Ampang Point pada 13 November 2016 yang lalu tetapi malangnya keputusan yang telah dibincangkan secara baik diluar mahkamah telah disalah ertikan.

" Beliau kata saya tidak siuman, gila dan saya menyatakan permohonan maaf didalam mahkamah dihadapan hakim, sedangkan pada hari berkenaan saya cuma menyatakan perasaan kesal dan menarik balik kata-kata yang telah dilemparkan,"kata Jamal.

" Setelah mengangkat Mahathir sebagai ketuanya cakap pun berputar belit dan tak serupa bikin," kata Jamal kepada Zuraida.

" Saya tidak dapat menerima kenyataan-kenyataan sebegitu, saya menganggap beliau tidak boleh dipercayai dan penipu sama sekali," kata Jamal lagi.

Dalam pada itu, peguam-peguam Jamal telah memfailkan saman terhadap Zuraida Dan maklumat lanjut akan diberitahu kelak. - KITAIKINI