SUNGAI PETANI, 9 NOV - Jumlah mangsa banjir di Kedah pagi ini kekal 213 mangsa daripada 56 keluarga di satu lagi pusat pemindahan di Pendang.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata Dewan Rakan Sukan itu dijadikan pusat penempatan mangsa banjir dari mukim Ayer Puteh, Padang Pusing, Guar Kepayang dan Bukit Raya.

"Pusat pemindahan itu mula dibuka pada 5 Nov lalu," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini sedang dalam misi bantuan pasca banjir bagi membantu membersihkan rumah penduduk di kawasan terjejas banjir baru-baru ini. - BERNAMA