KUALA LUMPUR, 7 NOV - Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta kira - kira pada Jam 11 Pagi tadi bagi mendengar kes Saman yang dikemukakan Oleh Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin terhadapnya.

Menurut Peguam Mohammed Nasser, Kes pada hari ini membabitkan kata-kata yang dikeluarkan oleh Jamal ketika berlaku perselisihan faham diantara Zuraida Ketika 'Roadshow Bersih 5' di Pusat Membeli Belah Ampang Point Pada 13 November 2016 yang lalu.

Susulan daripada itu, Jamal pada hari ini menarik balik kata-kata yang telah dihamburkan kepada Zuraida pada hari tersebut dan perkara ini telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak tanpa membabitkan sebarang salah faham.

Perkara ini juga menarik perhatian daripada pihak mahkamah dan mahkamah mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menemui titik persefahaman dan tidak memanjangkan perkara ini.

Dalam pada itu, Jamal juga ingin bertanya kepada Zuraida, "Bila lagi ingin membuat Bersih kerana Jamal merindui Kumpulan Baju Merah yang diuruskan olehnya,". - KITAIKINI