KUALA LUMPUR, 9 NOV - Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini dengan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihanmudah tunai daripada sistem kewangan.

BNM menganggarkan mudah tunai hari ini sebanyak RM36.85 bilion dalam sistem konvensional dan RM11.19 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengendalikan empat tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada RM3 bilion untuk tujuh hari, RM3 bilion untuk 14 hari, RM2 bilion untuk 21 hari dan RM2 bilion untuk 32 hari.

Ia juga akan mengendalikan tiga tender Qard yang terdiri daripada RM600 juta untuk tujuh hari, RM1.6 bilion untuk 14 hari dan RM100 juta untuk 32 hari, serta RM200 juta tender repo bagi 32 hari.

Pada pukul 4 petang, BNM akan mengendalikan tender konvensional sehingga RM26.6 bilion dan satu tender Qard sebanyak RM8.9 bilion. - BERNAMA.