AMPANG, 30 OKT - Mahkamah Sesyen/Majistret Ampang hari ini menetapkan 30 November 2017 untuk penetapan semula kes rusuhan di Pusat Membeli Belah Ampang Point diantara Kumpulan Merahv2 dan Bersih5.

Menurut Peguam Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata Hakim Mahkamah Majistret, Tuan Mohamad Firdaus Sadina Ali tidak dapat menetapkan tarikh perbicaraan kes berkenaan pada hari ini berikutan kertas siasatan dan juga dokumen masih didalam semakan Jabatan Peguam Negara dan belum diterima oleh Mahkamah.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan 7 individu yang lain didakwa di Mahkamah berikutan tercetusnya kekecohan di Pusat Membeli Belah berkenaan yang membabitkan kumpulan 'Baju Merah' dan kumpulan 'Baju Kuning' dalam siri Jelajah Bersih5 pada 13 November 2016 yang lalu.

Berlaku sedikit kekecohan apabila Jamal ingin meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin berhubung Pengedaran Risalah siri Jelajah Bersih 5 yang menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada supaya rakyat turun berdemonstrasi pada 19 November 2016.

Kedua-dua kumpulan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan tetapi hanya Kumpulan Baju Merah sahaja didakwa dibawah Sesyen 147 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - KITAIKINI