KUALA LUMPUR, 17 OKT - Program 'Makan Tengahari Percuma' yang dianjurkan oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang masuk hari kedua pada hari ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan oleh warga kota.

Bermula seawal jam 11pagi sehingga 3petang tadi, Dianggarkan kira-kira 3000 orang tetamu yang hadir ke Restoran Gabungan NGO 1Malaysia, Jalan Pahang berkenaan untuk menikmati juadah yang telah disediakan.

Pada hari ini terdapat 5 hidangan juadah yang disediakan untuk para tetamu seperti :

- Kari Ikan
- Ikan Goreng
- Ayam Masak Sambal
- Sayur Kacang Panjang Dan Timun
- Sambal Belacan.

Terdapat juga beberapa jenis Air seperti Sirap, Teh O Panas dan sebagainya turut dilihat disediakan oleh pihak restoran.

Kira-kira pada jam 12.30 tengahari tadi, Juadah yang dihidangkan telah habis sehingga membuatkan pihak restoran menambahkan lagi makanan dan memasak semula untuk dihidangkan.

" Anggaran untuk sehari sebenarnya adalah untuk 1000 orang tetamu, memandangkan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sehingga 3000 tetamu yang hadir pada hari ini, jadi kami terpaksa menambahkan lagi makanan untuk tetamu bagi tidak mengecilkan hati semua pihak, Alhamdulillah! semua tetamu yang hadir dapat menikmati hidangan yang disediakan," kata Jamal.

Menurut Jamal, oleh kerana komitmen baik yang telah ditunjukkan oleh rakan-rakan yang menyumbang dan membantu di dalam menjayakan program 'Makan Tengahari Percuma' ini, Jamal bertekad untuk melaksanakan program ini sehingga 3 tahun yang akan datang dengan dana yang telah pun mencukupi.

" Selepas 3 tahun yang akan datang, jika ada yang menyokong usaha ini dan mempunyai 'bajet' untuk melaksanakannya, saya akan melanjutkan lagi program ini," ujarnya lagi.

Jamal memberitahu, usaha yang dilakukan ini bermula apabila dirinya mendapat hidayah diatas kehilangan sahabat baik Allahyarham Solleh Hassan yang meninggal dunia pada 18 Ogos lalu.

Di atas sebab itu, Jamal membuat perancangan untuk bersedekah menggunakan zakat-zakat perniagaanya dan juga rakan-rakan. - KITAIKINI