KUALA LUMPUR, 16 OKT - Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (RGN1M) hari ini memulakan operasi 'Makan Tengahari Percuma' yang bermula pada Jam 11 pagi tadi di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Pengusaha Restoran, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata Inisiatif Restoran ini adalah untuk membantu warga kota mengurangkan kos sara hidup terutama kepada golongan pekerja yang tidak mempunyai masa untuk pulang ke rumah untuk memasak dan seterusnya menjimatkan wang pekerja untuk membeli makan khususnya pada waktu rehat di tengahari.

Dalam pada itu sempena pembukaan restoran berkenaan 7 hidangan juadah makanan telah dihidangkan pada hari ini untuk para tetamu yang hadir.

Difahamkan selepas ini juadah berkenaan akan disediakan dalam 2 hingga 3 hidangan pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat.

Menurut Jamal, Program ini didanakan khas oleh pihak tertentu untuk menyerahkan zakat perniagaan mereka melalui pemberian 'Makan Tengahari Percuma' ini dan dalam masa yang sama Jamal juga turut menyumbangkannya sebagai Zakat Perniagaan Dan Juga Peribadi.

Program ini mensasarkan kepada 1000 orang pelanggan pada setiap hari dan dikhaskan untuk warga malaysia sahaja.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu Program 'Makan Tengahari Percuma' ini mendapat peruntukan sehingga 3 tahun yang akan datang dan Jika mendapat peruntukan lebihan, program ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

Difahamkan Juga, Jamal akan membuka lagi sebuah cawangan RGN1M di Kawasan Sekinchan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di sana.

Didalam program pada hari ini Jamal dilihat turut menasihatkan pelanggan untuk makan dengan tidak membazir dan mencuci pinggan selepas menggunakannya untuk memberi kemudahan tersebut kepada pelanggan yang lain. - KITAIKINI