KUALA LUMPUR, 9 OKT - Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCVC 9), Yang Arif Datuk Mohd Zaki Bin Abdul Wahab hari ini menangguhkan Kes Saman Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah terhadap Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos berikutan dakwaan BERSIH 5 mempunyai kaitan dengan kumpulan Militan IS.

Penangguhan pada hari ini berikutan terdapat kes yang penting untuk diselesaikan terlebih dahulu, lalu Hakim menetapkan semula pada 15 sehingga 19 Januari 2018 untuk mendengar kes terbabit.

Saman yang dikemukan oleh Maria terhadap Jamal bertujuan untuk membersihkan nama gerakan yang dikendalikan olehnya.

Peguam Jamal yang diwakili oleh Mohamed Nasir Yusof pula berkata, pihaknya sudah menghantar Sepina kepada beberapa individu untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut Nasir, Kami sudah menghantar Sepina Kepada Dr Mahathir Mohamad kerana beliau menyatakan 'Bersih' adalah organisasi yang ganas dan kami juga ingin tahu mengapa Mahathir menahan suami Maria, Allahyarham Yunus Ali dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

" Perkara ini juga agak relevan dan diperlukan kerana suami Maria merupakan ahli Gerakan Pembebasan Palestin (PLO), jadi mengapa ia diperlukan sebab kes saman ini berkait dengan kumpulan Militan IS," kata Nasir lagi.

Sepina juga turut dihantar kepada :

- Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (Bekas Pengarah Cawangan Khas).
- Tan Sri Khalid Abu Bakar (Bekas Ketua Polis Negara).
- Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Ruslan Abdullah.

Dua saksi lagi untuk kes berkenaan adalah Peguam Hassan Karin dari Pontian dan Jamal.

Dalam pada itu, Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Harun pula memberitahu hakim bahawa beliau telah menerima arahan untuk mengenepikan Sepina terhadap KPN Mohamad Fuzi dan pihak mahkamah akan mendengar permohonan itu pada 10 November ini.  

Jamal pada hari ini memberitahu, beliau juga mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya kerana apa yang dilihat,  'Bersih' menganggu orang awam untuk datang ke Kuala Lumpur pada waktu itu dan perkara ini disalahgunakan dalam Akta Perhimpunan Aman.

Jamal juga ingin bertanya kepada Maria, " Bila nak buat Bersih lagi ?, Jadi kita boleh berjumpa lagi ".  - KITAIKINI