SHAH ALAM, 7 OKT - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan tujuh individu yang lain dibebaskan pada hari ini kira-kira jam 7.30 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihak polis selesai membuat siasatan berhubung isu bantahan 'Pesta Arak' di hadapan Pintu Utama Bangunan Kerajaan Negeri Selangor (SUK) pada 5 Oktober yang lalu.

Pada 5 Oktober yang lalu Jamal bertindak memecahkan kira-kira 100 botol minuman keras dengan menggunakan tukul simen kerana berang dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana mengundang 'Pesta Arak' berkenaan ke Negeri Selangor.

Menurut Jamal, Gimik Yang dilakukan berkenaan bertujuan untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia khususnya di Negeri Selangor bahawa minuman berkenaan adalah tidak baik dan dalam masa yang sama Jamal turut mengingatkan orang melayu yang beragama islam supaya tidak menyertai pesta - pesta sebegini.

Dalam pada itu, Jamal turut memberitahu beliau dimaklumkan bahawa 'Pesta Arak' berkenaan telah ditaja oleh syarikat - syarikat minuman keras didalam dan diluar negara sebanyak 5,000,000 Dolar kepada penganjur untuk menganjurkan pesta yang tidak bermoral berkenaan.

" Jika perkara ini terjadi, pihak penganjur mendapat keuntungan tetapi masalah sosial di Selangor akan semakin bertambah dan ini akan lebih memburukkan lagi apabila membabitkan golongan-golongan muda," kata Jamal. - KITAIKINI