SHAH ALAM, 6 OKT - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, pengawal peribadi dan juga pemandunya telah ditahan oleh pihak polis kira-kira pada jam 2 pagi tadi di salah sebuah Restoran di Pekan Sekinchan, Selangor.

Mereka ditahan susulan berdemonstrasi membantah 'Pesta Arak' di Pintu Utama Bangunan SUK Selangor, dimana Jamal bertindak memecahkan kira-kira 100 botol arak dengan menggunakan penukul simen di hadapan pintu masuk berkenaan pada hari semalam.

Susulan daripada tindakan yang dilakukan oleh Jamal itu, Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah menerima aduan daripada pengawal keselamatan bangunan berkenaan.

Jamal dan 7 yang lain disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan satu kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan peserta perhimpunan.

Mahkamah menetapkan 3 hari tempoh tahanan reman sehingga hari Ahad ini. - KITAIKINI