AMPANG, 4 OKT - Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan 7 individu yang lain hadir ke Mahkamah Sesyen/Majistret Ampang pada hari ini untuk mendengar sebutan semula kes yang membabitkan rusuhan di Pusat Membeli Belah Ampang Point yang membabitkan kumpulan 'Baju Merah' dan kumpulan 'Baju Kuning' pada 13 November 2016 yang lalu.

Kumpulan 'Baju Merah' yang diwakili oleh peguam/ penasihat undang - undang gerakan baju merah, Datuk Mohd Imran Tamrin memberitahu kepada pihak Hakim Majistret Tuan Mohamad Firdaus Sadina Ali bahawa Dua Orang Kena Tuduh (OKT) tidak dapat menghadirkan diri di Mahkamah hari ini kerana mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan.

Tuan Mohamad Firdaus memerintahkan peguam supaya OKT yang tidak dapat hadir menyatakan surat tunjuk sebab supaya pihak mahkamah tidak mengeluarkan waran tangkap kepada OKT.

Tuan Mohamad Firdaus menetapkan kes perbicaraan semula kes pada 30 Oktober 2017 ini.

Terdahulu, Jamal dan Sembilan yang lain dituduh kerana melakukan rusuhan di Pusat Membeli Belah berkenaan ketika Gerakan Baju Merah menghalang provokasi ROADSHOW Baju Kuning di dalam kompleks terbabit.

Namun berlaku sedikit kekecohan apabila Jamal ingin meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin berhubung Pengedaran Risalah siri Jelajah Bersih 5 yang menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada supaya rakyat turun berdemonstrasi pada 19 November 2016.

Kedua-dua kumpulan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan tetapi hanya Kumpulan Baju Merah sahaja didakwa dibawah Sesyen 147 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - KITAIKINI