JASIN, 31 Okt (Bernama) -- Sepuluh orang nyaris maut apabila sebuah bas ekspres dan lori bertembung di Km178.4 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur keluar persimpangan Jasin, pagi ini.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Rahizam Ruzali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada kira-kira 9.48 pagi tadi.

"Laporan awal yang kami terima daripada pihak PLUS menyatakan sebanyak 10 orang cedera dalam kemalangan itu ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kemalangan itu pihak PLUS membuka laluan kontra kira-kira 11 pagi ini di Km177.9 dan aliran trafik dilaporkan perlahan di kedua-dua arah, katanya. - BERNAMA