KUALA LUMPUR, 27 OKT - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden China Xi Jinping atas pelantikan semula sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) pada Rabu.

"Tahniah Presiden Xi Jinping atas pelantikan semula jawatan pada Kongres Parti Komunis ke-19! Amat berharap hubungan Malaysia-China terus diperkukuh," kata Najib dalam akaun Twitternya hari ini.

Xi dilantik semua ke jawatan itu pada kongres parti ke-19 yang berlangsung dari 18 Okt.

Setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC adalah jawatan tertinggi parti.

Xi memegang jawatan itu sejak 2012 dan dilantik semula untuk tempoh lima tahun lagi hingga 2022. - BERNAMA