SEKINCHAN, 25 OKT - Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (RGN1M) pada hari ini memulakan Program 'Makan Tengahari Percuma' di Cawangan Ke-2 mereka iaitu di Kawasan Sekinchan, Selangor.

Pengusaha Restoran Berkenaan, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata restoran kedua ini diwujudkan berikutan sambutan yang cukup menggalakkan diterima di restoran pertama mereka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Pembukaan restoran baru berkenaan pada hari ini turut dilihat pelbagai jenis lauk pauk yang telah disediakan dan pencuci mulut juga seperti Tembikai turut dihidangkan kepada para tetamu yang hadir di restoran berkenaan.

Dalam pada itu, Jamal juga turut menjemput Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali Dan Juga Adun Sekinchan, YB Ng Suee Lim untuk menikmati juadah yang disediakan di Restoran berkenaan iaitu di Resort Jamal sendiri yang bertempat di Sekin Fisherman Village Hotel & Resort Sekinchan sekiranya mereka berada di sekitar kawasan terbabit.

Jamal turut memberitahu bahawa jika Azmin Dan Ng Suee Lim ingin singgah di restoran berkenaan, Jamal berharap agar memberitahunya terlebih dahulu supaya mudah untuk dia memasak makanan itu sendiri dan menunjukkan cara memasak hasil dari air tangannya.

RGN1M di Jalan Pahang Kuala Lumpur beroperasi pada jam 12 tengahari sehingga 3 petang.

RGN1M di Sekinchan, Selangor beroperasi dari jam 12 tengahari sehingga 2.30 petang.

Waktu operasi restoran tersebut bermula pada Hari Isnin sehingga Hari Jumaat.

Orang ramai yang ingin menikmati juadah 'Makan Tengahari Percuma' ini bolehlah singgah di RGN1M Jalan Pahang, Kuala Lumpur dan RGN1M Sekinchan di Sekin Fisherman Village Hotel & Resort. - KITAIKINI