KOTA KINABALU, 20 OKT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan enam kes pokok tumbang dan lima kes tanah runtuh di pantai barat Sabah ekoran hujan lebat serta angin kencang yang melanda kawasan itu pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah, dua kes pokok tumbang berlaku di kawasan Papar manakala satu kes masing-masing di kawasan Penampang, Kuala Penyu, Ranau dan Beaufort.

"Kes tanah runtuh pula melibatkan beberapa kawasan iaitu dua kes di Lintas dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu setakat ini tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. - BERNAMA