PUTRAJAYA, 13 OKT - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan perpisahan Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang di pejabat perdana menteri di sini hari ini.

Pada akhir pertemuan mereka kira-kira 15 minit itu, Najib menghadiahkan Dr Huang sebuah buku berjudul 'Najib Razak 40 years, 40 pictures' sebagai cenderamata.

Dr Huang yang mula berkhidmat di Malaysia pada Januari 2014 akan mengakhiri perkhidmatan sebagai Duta Besar China di Malaysia pada 18 Okt.

Beliau dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas ini. - BERNAMA