KUALA LUMPUR, 27 OKT - Kadar jangka pendek dijangkakan kekal stabil hari ini susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menjangkakan kecairan hari ini sebanyak RM33.21 bilion dalam sistem konvensional dan RM13.80 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan melaksanakan lelongan matang Islam Qard sebanyak RM4.6 bilion bagi 7-21 hari dan dua tender Program Murabahah Komoditi yang melibatkan RM1 bilion untuk 31 hari ini RM1bilion untuk 61 hari.

Ia juga akan memanggil empat tender pasaran wang konvensional melibatkan RM2 bilion bagi tujuh hari, RM2 bilion untuk 14 hari, RM2 bilion untuk 31 hari dan RM1 bilion untuk 91 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan sehingga RM26.2 bilion tender konvensional semalaman dan tender semalaman Qard melibatkan RM7.2 bilion. - BERNAMA