KUALA LUMPUR, 26 OKT - Kadar jangka pendek dijangkakan kekal stabil susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menjangkakan kecairan hari ini sebanyak RM37.47 bilion dalam sistem konvensional dan RM11.97 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan melaksanakan tender pasaran wang lelongan matang sebanyak RM10 billion untuk 4-92 hari dan tender Program Murabahan Komoditi bernilai RM1 bilion untuk 32 hari.

Ia akan melaksanakan tiga tender Qard membabitkan RM1.9 bilion untuk tujuh hari, RM2 bilion untuk 14 hari dan RM1 bilion untuk 21 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender konvensional semalaman melibatkan sehingga RM28 bilion dan RM6 bilion tender semalaman Qard. - BERNAMA