Petaling Jaya, 10 Jan - Datuk Seri Jamal Md.Yunos hari ini hadir ke Pejabat FAS, Kelana Jaya secara rasminya telah menghantar surat menawarkan diri untuk menerajui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Menurut Jamal, tujuan berkenaan adalah untuk membantu pasukan bolasepak Selangor ke arah yang lebih maju setanding dengan kelab-kelab lain seperti JDT.

Katanya, "walaupun kelab JDT lebih maju kehadapan sekurang-kurangnya SELANGOR akan bersaing untuk lebih maju lagi,".

Katanya lagi, hasratnya juga adalah untuk membantu FAS menyelesaikan masalah yang dialami oleh FAS untuk jangka masa pendek dan juga dalam jangka masa panjang.

Terdahulu, Bekas Presiden FAS, Azmin Ali melepaskan jawatannya setelah isu konflik dalaman bersama beliau yang melanda persatuan bolasepak itu, beliau melepaskannya kerana mendakwa persatuan berkenaan tidak berwibawa dan komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak negeri Selangor.