KUALA LUMPUR, 17 Jan - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsterisme (STAGG) atas kejayaan beberapa operasi sepanjang minggu lalu.

KPN ucap tahniah kepada STAGG, STING atas kejayaan operasiKhalidKhalid menjelaskan, seramai 473 orang pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut berjaya ditahan dalam operasi di seluruh negara.

"Syabas lagi STAGG@PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tangkap 473 orang GRO dan tukang urut," katanya melalui laman Twitter rasmi di sini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dari kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah dan Kuala Lumpur dalam menggempur makmal dadah di Pendang/Changlun, Kedah.

Katanya hasil kejayaan itu, tujuh tangkapan berjaya dilakukan dan turut merampas 75 kilogram syabu dan tujuh kilogram heroin. - BERNAMA