SAMARAHAN, 11 Jan - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan B. Satem meninggal dunia pada 1.20 tengahari tadi di Pusat Jantung Hospital Umum Samarahan,Sarawak.

Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahkan perkara itu, beliau adalah pakar kardiologi dan berpengalaman merawat pemimpin veteran itu.

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, dimasukkan ke Pusat Jantung HUS kelmarin selepas ia mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas. 

Antara yang terawal menziarahi jenazah Adenan ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang bergegas ke Pusat Jantung HUS sejurus dimaklumkan berita berkenaan.

 Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg, dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kematian Adenan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya jam 3.30 petang ini.

Ia dijadual dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani. 

Tan Sri Adenan Satem Dilahirkan pada 27 Januari 1944 di Sarawak beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Dalam Sejarah Politik, beliau dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada akhir 1980-an dan 1990-an, Adenan merupakan seorang tokoh politik yang cukup hebat dalam kabinet negeri pada masa itu. 

Beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dalan kabinet terakhir Ketua Menteri keempat Abdul Taib Mahmud.

Pada 28 Februari 2014, beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima setelah Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada akhir Februari 2014.