KUALA LUMPUR, 5 Jan - Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dalam satu entiti di facebook miliknya berkata, saya menerima banyak panggilan dari taukeh-taukeh mesin judi untuk berjumpa dengan saya dan menawarkan wang ringgit juga bayaran setiap bulan dengan jumlah yang sangat besar.

Menurutnya lagi, sebentar tadi beliau diekori dan di berikan sebuah beg yang di katakan berisi wang tunai berjumlah RM1,000,000 namun mencampakkan kembali beg tersebut kepada taukeh kedai judi terbabit.

Katanya lagi, tujuan berkenaan adalah satu bentuk rasuah untuk menutup mulutnya dari terus membongkar kegiatan mesin judi di seluruh negara khususnya di Selangor.

Terdahulu, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan juga Pengurus Hotel&Resort Sekin Fisherman Village bertindak membongkar kegiatan kedai mesin judi di Sekitar Sekinchan dan juga Ampang.

Perkara berkenaan sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan ketidak telusan sistem kerajaan negeri yang memilih kasih apabila resort miliknya di Sekinchan dirobohkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam ( MDSB ) ketika beliau bertindak untuk menumpang mandi di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor (SUK) pada disember yang lalu setelah sudah 5 hari air tidak ada di kawasan tempat kediamannya.