KUALA LUMPUR, 24 JAN - Perkhidmatan teksi menggunakan motosikal yang dikenali sebagai "dego ride" adalah haram di negara ini kerana ianya melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata kementerian itu tidak pernah mengeluarkan sebarang permit ataupun lesen untuk penunggang motosikal membawa penumpang awam di negara ini.

"Tidak ada lesen atau permit untuk taxi motosikal kalau ada ia adalah haram di negara ini," katanya kepada pemberita mengenai wujudnya perkhidmatan tersebut sejak tiga bulan lalu di ibu negara dengan menggunakan aplikasi dalam talian. - BERNAMA