KUALA LUMPUR, 17 Jan - EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Azmin Ali yang melaksanakan dasar `Hari Tanpa Beg Plastik’di seluruh negeri Selangor bermula pada 1 Januari yang lalu.

Tambahnya, beliau tertarik dengan isu 0.20 sen untuk beg plastik yang dikenakan pada penguna-pengguna atau rakyat di negeri Selangor ini yang mana kerajaan negeri melaksanakan dasar yang jelas dilihat menekan rakyat dengan memberikan keuntungan pada syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga.

Katanya lagi, " Persoalan saya, kemana pergi 0.20 sen ini ". Bagi saya ini satu dasar yang tidak patut dilaksanakan khususnya bagi kepentingan rakyat selaku penguna.

Sepatutnya cari penyelesaian isu ini jika ianya bersangkutan dengan isu alam sekitar, bukannya menekan rakyat. Dalam perkara ini ianya lebih menguntungkan pasaraya-pasaraya besar dan peniaga-peniaga ini.

Jika kita lihat sejak ianya dilaksanakan pelbagai rintihan dan laporan telah dibuat oleh penguna kepada KPDNKK mengenai isu ini.

Saya berharap pihak KPDNKK mengambil serius isu ini demi kepentingan rakyat daripada kepentingan pasaraya-pasaraya besar ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada UMNO-Online.

Di mana FOMCA dan persatuan-persatuan penguna dalam isu ini yang dilihat berpeluk tubuh dan tidak bersuara memperjuangkan hak rakyat ini.

Dalam isu ini saya lihat, pasaraya besar ini mengambil kesempatan terhadap penguna, sepatutnya mereka inilah yang menjaga kepentingan penguna.

" Bukankah lebih baik ianyanya diberikan secara percuma. Sebahagian daripada tanggungjawab CSR hypermarket pada penguna?,” tambahnya.

Jika masih lagi kerajaan Selangor mengatakan ianya adalah pendekatan terhadap alam sekitar, berikan cadangan penyelesaian isu ini atau alternatif bagi mengurangkan bebanan rakyat bukan menekan rakyat.

“ Saya mohon pihak KPDNKK mengambil pendekatan dengan berbincang dengan pasaraya-pasaraya ini mencari jalan penyelesaian bagi kepentingan rakyat.

" Saya berpendapat kerajaan pusat harus menekan hypermarket ini untuk membekalkan beg alternatif pada penguna secara percuma agarnya tidak membebankan rakyat,” ujarnya lagi.