SERI ISKANDAR, 11 Jan - Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini merasmikan bangunan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang baharu bernilai RM100 juta di kampus utamanya di sini.

Bangunan yang menempatkan 65 makmal dan pejabat serta boleh menampung sehingga 550 penyelidik dan kakitangan pada satu-satu masa dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Naib Canselor UTP berkata Datuk Ir Dr Abdul Rahim berkata melalui pelaburan oleh Dana Penyelidikan Petroleum, bangunan itu bertujuan untuk menjadi pemangkin seterusnya dan menggalakkan penyelidik menjalankan penyelidikan bertaraf dunia.

"Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, UTP terus komited kepada visinya untuk menjadi peneraju dalam pendidikan teknologi dan pusat kreativiti dan inovasi," kata beliau dalam ucapan alu-aluan pada majlis perasmian bangunan itu.

Abdul Rahim berkata kedua-dua bangunan baharu itu menandakan kemasukan UTP ke dalam penyelidikan bertaraf dunia dan bermulanya penerokaan universiti ke arah usaha R&D atau Taman Penyelidikan.

"Bangunan R&D baharu itu adalah bukti dan komitmen UTP ke arah menggalakkan penyelidikan berkualiti dan inovasi baharu. Ia menunjukkan kesungguhan ke arah mengukuhkan usaha R&D," katanya.

Abdul Rahim berkata bahawa bangunan empat tingkat dengan keluasan 21,225 kilometer persegi direka untuk mematuhi Pensijilan Indeks Bangunan Hijau dan akan diduduki oleh dua penyelidik UTP Mission Oriented iaitu Pengurusan Karbon Diokisida dan Enhanced Oil Recovery.

Beliau berkata Agensi Inovasi Malaysia juga telah menubuhkan sebuah pejabat di bangunan itu sebagai langkah untuk mengembangkan kehadirannya di kawasan-kawasan utama di negara ini untuk mencapai wawasannya mewujudkan ekonomi berasaskan inovasi.

Abdul Rahim berkata bangunan itu adalah selaras dengan objektif untuk mewujudkan Taman R&D UTP untuk menggalakkan perkongsian industri dan kerjasama strategik dengan pelbagai industri dan organisasi.

Abdul Rahim juga berkata, satu lagi ciri penting ialah panel solar yang dipasang di atas bumbung yang akan digunakan untuk penyelidikan dalam tenaga boleh diperbaharui dan menjana bekalan tenaga elektrik bagi bangunan itu.

Kawasan antara kedua-dua bangunan telah dilindungi oleh bumbung tergantung untuk menempatkan kemudahan penyelidikan besar seperti kilang perintis dan aliran gelung untuk ujian berskala perintis dan prototaip berskala besar untuk industri.

Sumber : BERNAMA