KUALA LUMPUR, 4 JAN : Jabatan Kemajuan Islam ( JAKIM ) memuji dasar McDonald's malaysia membenarkan kek hari jadi diperakui HALAL dibawa masuk ke premis mereka.

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Datuk Othman Mustapha berkata, pandangan polisi oleh Pihak McD berkenaan adalah merupakan inisiatif terbaik serta berkomitmen yang tinggi dalam usaha mengawal jaminan halal di premis berkenaan berteraskan sistem jaminan HALAL.

Tan Sri Datuk Othman juga menghargai keprihatinan pihak media dan masyarakat terhadap isu-isu halal di negara ini.

Beliau juga berharap agar semua pihak dapat merujuk kepada JAKIM terlebih dahulu tentang status Halal sesuatu produk terutama yang menular didalam media sosial.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan sebagai reaksi terhadap permohonan maaf McD yang diantaranya menjelaskan tiada niat untuk mendiskriminasi pelanggan serta tetap akan meneruskan dasar-dasar itu.