BAHAGIAN SATU

Sejak semalam hebuh diperkatakan tentang Ketua Bahagian Sg.Besar Dato Jamal Yunos mengamalkan "Politik Wang" bila beliau menawarkan RM1Ribu seorang kepada 600 Perwakilan Persidangan Umno Bahagian Sg.Besar, apatah lagi pengumuman itu dilakukan dihadapan YAB Dato Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri dan YB Tan Sri Noh Omar, Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Perghh..melompat lompat Pembangkang kegembiraan bila mereka rasa macam dapat "bukti" dan "pengesahan" tentang amalan politik wang yang diamalkan dalam Umno, apatah lagi "bukti" itu dihidangkan dihadapan DS Zahid Hamidi dan TS Noh Omar..kihkihkih.

Manakala dikalangan Pemimpin UMNO ramai yang masih mengambil sikap Tunggu & Lihat dan menanti apa reaksi umum terhadap isu ini..cuma Mantan Menteri Pantun Pantin Tan Sri Rais Yatim merangkap Penasihat Kebudayaan dan Sosial mula membuka langkah sumbang dan menjual Pantun 5 Kerat..haha.

Jadi suka aku tampil memberi sedikit pencerahan untuk kita sama sama fikirkan sama ada wajar atau tidak tindakan Dato Jamal Yunos menguruskan Bahagian Umno Sg Besar yang diketuai beliau dengan cara beliau sendiri tanpa mengikut acuan cara Bahagian Bahagian lain ditadbir oleh Ketua Ketua Bahagian masing masing...

Pencerahan ini mungkin agak panjang jadi mungkin aku pecahkan kepada dua atau tiga bahagian...

Sebelum aku mulakan baik aku tulis kronologi dan point point penting isu ini dari mula :-

1.Awal tahun ini DJY telah berjanji untuk membawa 115 Ketua Cawangan Bahagian Sg.Besar melancung sambil belajar ke Dubai untuk mendedahkan mereka tentang pembangunan Dubai dan tidak hanya melihat apa yang ada disekeliling mereka.

2. Sejak itu berbagai usaha dilakukan DJY untuk pembiayaan perjalanan ini termasuk memohon SUMBANGAN dari berbagai pihak termasuk sumbangan dari beliau sendiri yang merupakan seorang Ahli Perniagaan.

3.Berlakunya Tragedi Helikopter Batang Lupar dan berlakunya PRK Sg.Besar telah melewatkan rancangan ke Dubai dan ianya ditangguhkan hingga selepas Hari Raya Aidil Adha.

4.Selepas tamatnya PRK Sg.Besar dengan BN menang bergaya dan betapa semua Jentera Bahagian Sg.Besar begitu berkerja keras sepanjang tempuh sebelum dan semasa berkempen...DJY merasakan saperti tidak adil pula jika hanya 115 KC sahaja yang dibawa ke Dubai,mentelah bukan semua Ketua Cawangan yang bersedia kesana,maka PENGIKTIRAFAN itu DJY luaskan kepada 600 Perwakilan yang hadhir dalam persidangan kelmarin i.e RM500.00 untuk perwakilan kali ini dan RM500.00 lagi untuk perwakilan kebahagian untuk persidangan tahun hadapan 2017.

5.Perwakilan Bahagian 2016 tidak semestinya akan jadi perwakilan kesidang bahagian 2017 nanti..

6.Isu sekali sokong dapat RM100 dan 3 kali sokong angkat tangan dapat RM300 dalam persidangan kelmarin hanyalah GURAUAN dan hanya diguna jadi modal untuk SPIN oleh pihak tertentu(aku akan perincikan nanti).

7.Menjawap soalan Tan Sri Rais Yatim tentang lebih baik duit tu digunakan untuk anak yatim atau golongan memerlukan..
Rasanya satu Parlimen Sg Besar sudah tahu KERJA KERJA KEBAJIKAN yang dilakukan DJY sejak 3 tahun lalu terhadap golongan ini tanpa satu pun yang terlepas pandang.Boleh sahkan sendiri fakta ini....

8.BANGLA yang turun kesawah sekitar Sekinchan dan SgBesar atau yang ikut nelayan kelaut pun pun dibayar antara RM100-150 sehari...inikan pula PERWAKILAN BAHAGIAN yang turun bersidang sekali dalam setahun atau sehari setahun (ini pun akan aku perincikan).

9.Tahun ini tiada PEMILIHAN BAHAGIAN..
Tahun hadapan 2017 pun tiada PEMILIHAN..
Tahun 2018 nanti baru ada...
Tak ada "Pengamal Politik Wang" yang bodoh bodoh labur wang 2 tahun sebelum musim pemilihan...

Ada ke?



BAHAGIAN DUA


"Lain padang lain belalang.."
Tapi ini bukan filem Nujum Pak Belalang..

Setiap Bahagian Umno ada Ketua Bahagian masing masing dan setiap Ketua Bahagian ada sikap dan perangai mereka masing masing dan berbeza antara satu sama lain...

Ada yang sombong dan bongkak kecuali mesra waktu dekat Pemilihan Bahagian..

Ada yang mesra dan berbudi bahasa tapi bab duit ni ada sikit masaalah..macam ada glue yang melekat..

Ada yang banyak masa turun jenguk kawasan dan ada yang sibuk sangat sebab pegang jawatan kabinet diperingkat pusat...

TAPI satu PERSAMAAN tentang Semua Ketua Bahagian ini...MEREKA SEMUA KAYA RAYA tak ada seorang pun miskin papa kedana.

Itu pasti...sangat sangat pasti.

Dato Jamal Yunos TIDAK TERKECUALI.

Cuma..

Cara DJY mengurus Bahagian dia adalah cara dia tersendiri dan mungkin tidak sama dan jangan disamakan dengan bahagian bahagian lain.

Beliau tidak KEDEKUT untuk BERKONGSI apa yang boleh hasil kekayaan yang beliau perolehi dari Umno bersama Ahli Ahli Umno Bahagian Sg.Besar sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui cawangan masing masing atau program dan aktiviti yang dijalankan atau tanggung jawap sosial dan kebajikan terhadap semua kariah Parlimen Sungai Besar...

Pergilah ke Parlimen Sg.Besar dan tanya sendiri apa yang telah dia lakukan sejak memegang jawatan Ketua Bahagian 3 tahun lalu....SILAKAN.

Jadi...dimanakah salahnya jika DJY menggunakan lebihan REZEKI yang Allahu Taala anugerahkan kepada beliau melalui Umno kembali kepada Ahli Ahli Umno dimana beliau menjadi ketuanya demi memastikan Umno Sg.Besar terus gagah dan perkasa dan setiap ahli merasakan diri mereka DIHARGAI?

Mana lebih baik dari seorang Ketua Bahagian yang pulun segala kekayaan menggunakan kedudukan mereka dalam Umno TAPI kedekut kelepet giler...bila minta bajet untuk program dan aktiviti dibahagian jawapan mereka.."Tunggu saya tanya peruntukan Negeri atau Pusat"..mana lebih baik?

Dato Jamal pernah bagitau aku...

"Abang pun tahu kan..

Dulu perwakilan cawangan kepersidangan bahagian bertolak talek..dia suruh dia.Datang persidangan pun macam terpaksa...habis perasmian 50% perwakilan hilang..berhenti makan tghari lagi 20% hilang..bila tutup sidang dari 600 perwakilan yang hadhir sebelah pagi..tinggal 100 orang je waktu sidang ditangguh..".

"Sejak saya KB dan sejak saya bagi "insentif" untuk hadhir kepersidangan bahagian..berebut rebut perwakilan dari cawangan nak hadhir.Persidangan yang bermula dengan 600 perwakilan dari pagi diresmikan..hingga penutup pun angkanya tetap kekal kecuali seorang dua yang betul2 ada hal kecemasan..".

"Jadi dimana SALAH saya mentadbir bahagian saya cara saya ini...?".

"MEREKA datang bersidang setahun sekali dan cuma sehari sahaja...takkanlah kita nak bagi mereka RM10-15 je...?

BANGLA yang kerja sawah kat Sekinchan dan ikut kelaut pun kalau tak ada RM100 sehari tak mau turun..inikan pula Ahli Umno saya".

Itu antara luahan hati iklas DJY bila berbual dengan aku tentang tuduhan dia "tabur duit" untuk memenangi hati dan undi Ahli Ahli Umno Sg.Besar selama ini...

Aku tidak dapat tidak bersetuju dengan cara beliau sebab lojiknya...

Tahun ini tak ada Pemilihan Bahagian...
Tahun hadapan pun tak ada..

Cuma 2018 nanti baru ada pemilihan...jadi jadah apa duk tabur duit "berkempen awal" sebab tak ada orang yang cerdik buat kerja macam tu kecuali dalam Tahun Pemilihan..

Lagi satu...

Cuba ingat kembali bila berlaku PRK Sg.Besar...

Awal awal lagi DJY dah bagitau dia tidak mahu bertanding..bukan sekali bahkan 3 kali kenyataan dia disiarkan oleh semua media.

Selepas calun Sg.Besar yg kini YB Sg.Besar Budiman Zohdi diumumkan...DJY lah yang bermati matian berkempen dan siapa juga yang berada dilapangan waktu itu pasti akui yang FASILITI di PRK Sg Besar adalah yang TERBAIK dalam Sejarah PRK Malaysia setakat ini dan mungkin ramai yang mungkin tidak tahu kebanyakan dari apa yang ada dalam PRK tempohari adalah SUMBANGAN PERIBADI Dato Jamal kepada Umno dan Barisan Nasional demi memastikan kemenangan bergaya BN...

Jadi POLITIK WANG tang mana yang dia amalkan untuk kepentingan peribadi...?



BAHAGIAN TIGA

Sudah menjadi lumrah alam bila seseorang itu cuba melakukan KELAINAN pasti akan ada tentangan baik dari dalam dikalangan kengkawan apatahlagi dari luar yang sememang nya musuh tegar dan Dato Jamal Yunos tidak terlepas dari semua itu...

DJY adalah Pemimpin Pelapis Muda yang berjaya menempatkan diri beliau ditangga Ketua Bahagian yang membawa nafas baru yang amat diperlukan disaat Umno dihimpit dengan berbagai krisis kepimpinan.Sayap Pemuda yang diharap menjadi benteng dan tentera gerak gempur dalam mendepani berbagai isu dilihat saperti menghadapi SINDROM LAYU DAN KAKU sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga begitu banyak PENGHINAAN terhadap Agama,Bangsa,Hak Melayu dan Raja Raja Melayu telah dilakukan berbagai pihak yang mengambil kesempatan atas VAKUM yang wujud atas kealpaan Sayap Pemuda Umno...

JAMAL muncul tepat pada waktunya dan ianya memberi HARAPAN BARU kepada Ahli Umno khasnya dan Umat Melayu amnya,bahwa Melayu dan Parti Keramat Umno masih bertaring untuk mendepani siapa juga yang cuba mencabar MARUAH Melayu...NGO Gerakan Merah adalah contoh terbaik dimana Jamal memainkan peranan cukup pro aktif mengengkang Bersih yang cuba menjatuhkan kerajaan hari ini yang dilantik secara demokrasi dengan menggunakan "Parlimen Jalanraya"...

Pastinya bila DJY mencetuskan kelainan dari KEBIASAAN ada yang merah mata kerana dia meletakan satu BENCHMARK baru terhadap bagaimana seorang KETUA BAHAGIAN harus berfungsi dan ini pastinya akan mengwujudkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang ingin terus kekal dengan "status quo" terutamanya bila melibatkan apa yang patut dibelanjakan dibahagian masing masing melalui DANA yang diperuntukan mahupun yang datang dari poket sendiri dan ALHAMDULILAH kelebihan REZEKI yang Allahu Taala anugerahkan kepada DJY tidak beliau sia siakan dan banyak digunakan atau dipulangkan kembali ke BAHAGIAN dengan memperkasakan Umno yang dia ketuai..

Jadi tidak timbul soal POLITIK WANG mengikut Perlembagaan Umno saperti yang diterangkan Dato Zaharin Mohd Yasin dalam status beliau tadi malam dan pastinya sesuatu yang diumumkan secara TERBUKA dihadapan ratusan perwakilan bahagian dan tidak bersifat SULIT amat sadis kalau mahu ditakrifkan sebagai Politik Wang....

Banyak yang boleh aku kupas tapi cukuplah setakat ini sahaja untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan menyinggung sesiapa.Diharap dengan penjelasan ini kita semua dapat berfikir dengan waras dan tidak terikut ikut dengan HASUTAN atau HASAD DENGKI hanya kerana Dato Jamal Yunos melakukan sesuatu yang diluar KEBIASAAN....

Lebih baik MENABUR WANG kepada Bahagian dan Ahli Ahli Umno sendiri dari menabur wang untuk menjaga PARA GUNDEK dan PEREMPUAN SIMPANAN termasuk ISTERI ORANG berpuluh tahun saperti yang dilakukan oleh segelintir PEMIMPIN yang dah KANTOI MAKSIMA hari ini....

ARIOS

#SetiakawanMalaysia


Artikel ini adalah pandangan penulis yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Mesra Setiakawan Malaysia (PMSM)