Secara luarannya tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya berpegang pada prinsip hingga sanggup dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno atas alasan memperjuangkan suara rakyat dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin bisa mengaburi mata rakyat seolah-olah beliau pemimpin suci yang cukup maksum.

Namun adakah beliau benar maksum? Ianya mungkin benar bagi mereka yang menutup dua belah mata dan dua belah telinga lantaran begitu taksub dengan 'kemaksuman' pemimpin tersebut sehingga tidak mempedulikan kebenaran di depan mata mereka.

Muhyiddin perlu ingat ketika beliau begitu ghairah menyerang Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri itu pula telah membuktikan bahawa beliau sememangnya bersih dari segala tuduhan tersebut yang pernah beliau lemparkan. Malah kini semakin fokus meneruskan khidmatnya kepada rakyat.

Muhyiddin pernah membuat kenyataan sejurus selepas dipecat daripada Umno, beliau mendakwa bukan dirinya yang melakukan rasuah dan menunding jari kepada Najib. Umum mengetahui bagaimana Najib begitu bertolak ansur dengan bekas timbalannya itu.

Muhyiddin lupa apabila beliau melontarkan fitnqh keatas Perdana Menteri, Muhyiddin menganggap perangai Najib sama seperti dirinya sendiri.

Bangsa Johor tidak akan lupa apa berlaku sepanjang 13 tahun beliau menjadi Menteri Besar Johor dari tahun 1982 - 1995. Apa pembangunan orang-orang Melayu di negeri itu yang boleh dianggap berada ditahap yang membanggakan?

Malah ketika masih menjadi Menteri Besar Johor beliau sendiri menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu di Bandar Tenggara sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura.

Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan sehingga sekarang tidak ada siapa boleh memasuki kawasan berkenaan.

Bukan itu sahaja, beliau juga sekali lagi terpalit dengan dakwaan salah guna kuasa merujuk kepada isu ladang Stamford Holdings dimana kes itu telah dibawa ke mahkamah dan diselesaikan di luar mahkamah.

Syarikat itu mendakwa diugut Muhyiddin untuk menyertai usahasama membangunkan tanah dengan menyerahkan pegangan ekuiti 70% atau tanah syarikat diambil kerajaan negeri.

Itu belum lagi dikira dengan dakwaan beliau mengadai tanah Melayu rakyat Johor semata-mata untuk diberikan kepada taukey-taukey yang membelanya.

Dek kerana prestasi yang cukup 'cemerlang' kita semua mengetahui kenapa beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar Johor selepas 1995 yang lalu.

Sekiranya anda begitu terkejut dengan pendedahan Raja Petra mengenai hubungan sulit Muhyiddin dengan seorang wanita bernama Nika Gie Siew Yee, percayalah ianya bukan sesuatu yang baru.

Hubungan sulit Muhyiddin bersama wanita itu sudah dihidu oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan didedahkan beliau dalam salah satu ceramahnya ketika Pilihan Raya Kecil Kajang 9 Jun 2014.

Ironinya, setelah ditendang keluar daripada Umno, Muhyiddin berkerjasama dengan pembangkang dan sudah pasti Anwar akan menutup cerita yang dibongkarkannya sebelum itu. Namun rakyat Selangor belum lupa apa yang Anwar dedahkan itu.

Sebagai seorang anak ulamak, pencapaian Muhyiddin juga tiada apa yang boleh dibanggakan. Malah Muhyiddin juga turut merendahkan martabat agama Islam di Johor. Semasa pemerintahannyalah, cuti pada hari Jumaat sebagai Penghulu Segala Hari telah ditukar kepada hari Ahad ketika pengisytiharan Johor Baharu sebagai bandaraya pada tahun 1992. Nasib baik DYMM Sultan Ibrahim dan Dato' Sri Khaled Nordin mengembalikan semula cuti umum kepada hari Jumaat kini.

Kini, Muhyiddin menjadi alat kepada Dr Mahathir Muhamad, iaitu dalang kepada pengurangan kuasa Agong dan Raja-Raja Melayu untuk memecah-belahkan lagi bangsa Melayu yang sudah beberapa kali diracik setiap kali Mahathir bersengketa.

Segala dosa- dosa Muhyiddin itu sudah cukup membuktikan beliau tidak layak untuk memakai sebarang darjah kebesaran dan sewajarnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan DYMM Sultan-Sultan yang pernah menganugerahkan bintang kebesaran kepada beliau, menarik balik darjah-darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada pengkhianat bangsa Melayu ini.