TEL AVIV 14 Sept - Bekas Presiden Israel dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Shimon Peres, mendapat serangan strok dan serangan strok teruk dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pengarah Pusat Perubatan Sheba di Tel HaShomer di Ramat Gan, Dr Yitzhak Kreis, memberitahu Peres mengalami serangan strok yang teruk hari ini dengan banyak pendarahan.

"Beliau diberi ubat pelali dalam unit rawatan rapi,"katanya kepada wartawan.

Keadaan kesihatan Peres yang berusia 93 tahun itu mencetuskan kebimbangan di seluruh wilayah.

Kenyataan dari pejabat Peres menyebut, beliau dalam keadaan serius tetapi stabil dan doktor memutuskan untuk tidak melakukan pembedahan buat masa ini.

Akhbar Haaretz memetik Ketua Unit Strok hospital berkenaan, Dr David Orion sebagai berkata, pihaknya berusaha meletakkan Peres dalam keadaan yang tidak membahayakan nyawanya.

Anak lelaki Peres, Chemi, memberitahu wartawan, mereka terpaksa membuat keputusan sukar tidak lama lagi tetapi bukan sekarang.

"Saya dan anggota keluarga mengharungi waktu sukar. Bapa saya mengambil berat mengenai Israel, penduduk Yahudi dan penduduk di Israel.

"Saya mengambil kesempatan ini bagi pihaknya menyatakan kasih sayangnya kepada anda semua," katanya. - AFP