Tahniah kepada penyanyi hebat Nassier Wahab yang telah dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah tokoh sempena perayaan sambutan Awal Muharram (Maal Hijrah) 1438/2016 Anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang).

Ini catatan Nassier di Facebooknya;

Alhamdulillah dengan izin Allah pada 2 Oktober 2016 bersamaan 1 Muharam 1438, aku telah dipilih antara penerima Tokoh sempena sambutan Awal Muharam Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang...syukur pada Allah...semoga anugerah ini memberi inspirasi semangat dan membuka pintu rezeki yang luas buat diriku..

Menurut surat yang dilampirkan pemilihan Nassier adalah kerana beliau banyak berjasa, menyumbang tenaga bakti demi mengharumkan nama serta meningkatkan mutu hidup masyarakat Melayu Pulau Pinang.

Selain lagu-lagu pop, Nassier juga pernah merakamkan album ketuhanan iaitu Pedoman 1997, Takkan Berpaling 2013, Lukisan Cinta 2014, Album Realigi 2015 dan pernah merakamkan lagu duet bersama kumpulan nasyid Far East Melakar Cinta Di Pintu Syurga pada tahun 2006.