Mohamed Hafiz yang dikatakan sudah berkahwin dan keengganan Fara Fauzana untuk menjadi isteri kedua punca perkahwinan tersebut dibatalkan di saat akhir tampil menafikan dakwaan mengenai status perkahwinan beliau yang dikatakan sudah mempunyai isteri dan merahsiakan perkara berkenaan daripada Fara Fauzana hingga ke saat akhir.

“Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana. Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara. Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan media. Saya tidak pernah berkahwin dan tidak pernah merahsiakan status perkahwinan saya dari Fara Fauzana”

“Pertama, saya tidak menghadiri sidang media bersama Fara berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara. Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung isu perkahwinan dibatalkan.

Sementara itu, Hafiz dalam masa sama turut meluahkan rasa terkilannya apabila ada sesetengah penerbitan mengeluarkan dakwaan tanpa mendapat pengesahannya sehingga menyebabkan nama baiknya serta keluarga terkesan oleh perkara itu. Malah kreadibiliti beliau seorang ahli perniagaan dan juga ahli politik turut tercalar dengan dakwaan yang tidak berasas.