SYDNEY 27 Sept - Saham Asia dibuka rendah pada awal dagangan dan dolar menokok berbanding yen, memberi isyarat bahawa pelabur memilih calon parti Demokrat Hillary Clinton memenangi debat dengan mengatasi calon Republikan, Donald Trump.

Pasaran cenderung untuk melihat Hillary sebagai calon status quo manakala sesetengah lagi mengatakan Trump amat bermakna bagi dasar luar AS, perdagangan dan ekonomi domestik.

Nikkei Jepun turun 0.4 peratus manakala dolar naik kepada 100.74 yen daripada sekitar 100.08.

Prestasi indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun turun 0.01 peratus, manakala Korea Selatan dan Shanghai menokok 0.2 peratus.

"Mereka mengatakan ia adalah termometer Trump," kata David Bloom, ketua strategi forex di HSBC yang berpangkalan di London.

"Jika anda ingin tahun siapa yang memenangi debat Presiden, jangan lihat Twitter atau Facebook. Lihat sahaja dolar atau peso Mexico." - Reuters