WOODLANDS 8 Ogos - Dalam keghairahan melayari permainan maya Pokemon Go, warga tempatan yang dikenali sebagai Azmi Suarez dikejutkan dengan satu mayat yang terapung berhampiran Jeti Woodlands dekat sini pada Ahad.

Gambar mayat yang terapung dalam keadaan tertiarap itu kemudian dimuat naik azmi di laman Facebook sejurus melihat mayat tersebut.

Dalam kejadian pagi Ahad itu, Azmi sedang asyik bermain dengan aplikasi yang baharu diperkenalkan di Singapura dua hari lalu apabila ternampak mayat dalam keadaan terlingkup.

Beliau memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Facebook peribadinya menggambarkan situasi di lokasi dekat Woodlands.

Sekeping foto turut menunjukkan beberapa Anggota Pertahanan Sivil Singapura (SCDF) dan orang awam turut dilihat berlegar-legar di kawasan jeti itu.

Seorang warga Singapura yang hanya dikenali sebagai Lee, mendakwa ternampak mayat yang terapung itu sewaktu sedang berbasikal di kawasan tersebut sekitar jam 9.30 pagi.

Menurut Lee, mangsa berkemungkinan seorang perempuan yang berusia dalam linkungan 30an.

Lee turut menjadi saksi skuad penyelam membawa keluar mayat dari kolam.

Jurucakap SCDF dipetik berkata, pihaknya mendapat panggilan sekitar jam 9.45 pagi berhubung penemuan mayat dalam keadaan terapung di Jeti Woodlands Waterfront.

“Ketika kami sampai di lokasi, skuad SCDF sedang mengeluarkan mayat secara manual.

“Mangsa diumumkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dipetik sebagai berkata.