Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa terkilan apabila melihat pusara ibunya di Tanah Perkuburan Subang Jaya telah diceroboh oleh orang tidak dikenali. Bertambah bengang apabila ketika menziarahi kubur ibunya baru-baru ini, beliau mendapati botol yang ditanam bagi meletakkan bunga di atas pusara tersebut telah dicabut oleh pihak tidak bertanggungjawab

“Saya terkejut apabila melihat kubur ibu saya berlubang. Apa salah saya sehingga orang sanggup membuat perkara yang tidak bertanggungjawab sebegitu. Saya bukannya buat perkara yang khurafat. Kenapa ada pihak yang mendengki. Kalau nak diikutkan, ia hanyalah perkara kecil. Cuma saya tertanya-tanya kenapa mereka sanggup berbuat begini pada saya”


“Saya tidak mahu ambil sebarang tindakan. Lagipun saya tidak tahu siapa yang buat begitu. Tetapi jika ada yang tidak berpuas hati dengan saya, datang dan berjumpa dengan saya. Tertanya-tanya juga, ada ke sesiapa yang sakit hati dengan saya,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan kejadian malang yang menimpa pusara ibu beliau baru-baru ini.

Pada masa yang sama, kejadian tersebut turut dikongsi Jasmin di laman Instagram beliau berikutan terlalu bengang dengan tindakan individu berkenaan. Menerusi perkongsian itu juga, rata-rata peminat turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa beliau dan kesal dengan sikap individu terbabit yang bertindak secara melampau ke atas tanah perkuburan.