PUTRAJAYA 22 Julai - Malaysia, China dan Australia hari ini mengumumkan penggantungan proses pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Penggantungan itu akan berkuatkuasa selepas proses pencarian di kawasan seluas 120,000 km persegi yang sedang berjalan sekarang selesai," katanya pada pada sidang media bersama di sini selepas mesyuarat khas tiga pihak, Malaysia, China dan Australia.

Hadir sama pada sidang media tersebut Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester serta Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang.

Menurut Datuk Seri Liow, ketiga-tiga negara bersepakat, ia tidak akan mengabaikan usaha bagi mencari pesawat berkenaan.

"Menteri-menteri bersetuju jika pesawat tersebut (MH370) tidak dijumpai di kawasan pencarian, selain tiada bukti baharu yang memberi petunjuk pada penemuan pesawat tersebut, pencarian tidak akan dihentikan sebaliknya dihentikan sementara," katanya lagi.

Menurut Liow lagi, keadaan cuaca yang buruk yang disebabkan oleh musim sejuk telah menjejaskan operasi pencarian.

Jun lalu, berlangsungnya mesyuarat khas tiga pihak mengenai MH370 bagi membincangkan tindakan seterusnya bagi pencarian pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang.

Mesyuarat tersebut mengkaji secara terperinci isu-isu penting yang lain termasuk penemuan beberapa serpihan baru-baru ini dan input daripada pakar-pakar penerbangan.

Mesyuarat melibatkan pegawai peringkat tinggi dari Australia, China dan Malaysia membincangkan dalam agenda mesyuarat tersebut ialah mengenai

Hala tuju masa depan operasi pencarian MH370 menjadi agenda utama dalam mesyuarat melibatkan pegawai peringkat tinggi dari Australia, China dan Malaysia.