BAGHDAD 12 Julai - Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala 32 cedera, hari ini selepas letupan bom kereta di sebuah daerah di bahagian utara ibu negara, di sini.

Menurut sumber keselamatan dan perubatan, belum ada pihak yang mengakui bertanggungjawab ke atas insiden itu di Rashidiya.

Namun, militan IS difahamkan melancarkan serangan secara kerap di kawasan ini serta bahagian lain di Iraq apabila merampas sebahagian besar wilayah pada 2014.

Baghdad kini berada pada tahap amaran tertinggi selepas letupan di daerah Karrada yang mengorbankan 292 nyawa pada 3 Julai lalu. - Reuters